Ya.. baru hari ini aku sedar. Lepas fasa pertama ramadhan
berlalu.. fasa pertama; rahmat, aku bazirkan macam tu je… aku tak tau ape
masalah aku. Sepuluh hari pertama ramadhan aku hentam macam hari2 biase je,
tanpa solat hajat, solat tahajud, mahupun dhuha… semata mata solat terawih.
bodoh benar kurasakan diri ini…
Mungkinkah sebab ni first time aku sambut Ramadhan kat
tempat yang sememangnya berbeza atmosferanya berbanding tahun-tahun lepas…
sebab kat kolej. Bebas. Hidup aku tidak lagi diprogramkan oleh orang lain…
persetankan semua
alasan ni. Kalau budak ‘blog noob’ tu cakap dia tak bersedia untuk mengahadapi
Ramadhan tahun ni, aku rasa aku even more tak bersedia. Langsung. At least dia
cakap tak bersedia tu 1st day Ramadhan lagi, tapi aku, ni dah
masuk malam ke 11 pon… sadis…
Kosong.
Itulah yang aku rase beberapa hari lepas.. macam ade sesuatu
yang tak kena.. tak sempurna. Tapi perasaan tu memang aku tak dapat nak explain
kat orang lain. Ramadhan kali ni kosong. Sampailah suatu hari ni, tak ingat
malam ke berape ramadhan, tapi time tu first time rasenye aku pergi masjid
hidayah, sebab selama ni pergi masjid unta a.k.a. masjid al azhariah. Lepas
solat maghrib tiba-tiba je aku dapat ilham (mungkin petunjuk dari ALLAH) yang
sebenarnya selama ni jiwa aku kehilangan ketenangan dari ALLAH. ALLAH semacam
tarik nikmat tu pergi dari aku… dan disebabkan ALLAH tu MAHA PENGASIH n MAHA
PENYAYANG, DIA bagi petunjuk kat aku, in order to let me know what am I losing
all this while… YA ALLAH, I’m really am touched… :’( All praises to ALLAH sebab
bagi aku peluang untuk aku sedar semua benda
ni… kalau tak, aku sendiri pon tak tau yang sebenarnya jiwa aku kosong…
memang susah nak tafsir semua perasaan tu… entah lah…
Beza, memang berbeza benar Ramadhan kali ini… kalau
difikirkan balik, Ramadhan masa kat tgb and asrama smksg dulu memang jauh lebih
bermakna. When I was in tgb, I can really feel that passion, clearly shown by
them (everyone around me). They’d proven that ramadhan is not just by its name.
Aku bersyukur sangat sebab ALLAH tak putus-putus buat aku
sedar yang aku perlu berubah jugak dalam bulan DIA yang mulia ni… tak nak aku
tergolong dalam orang yang rugi lagi .
Semalam, aku diberi kesempatan untuk dengar tazkirah pasal
peringkat ketaqwaan seseorang.
MUSLIMà
MUKMINàMUKHSINàMUKHLISàMUTTAQIN
Baru aku tahu rupe-rupenye memang banyak peringkat to reach
that MUTTAQIN, orang mukmin yang bertaqwa… paling tinggi di sisi ALLAH. aku
memang jauh dah ketinggalan..
Satu lagi imam tu cakap, ALLAH sebenarnya dah bagi or dah
kurniakan pon everything yang hamba dia perlukan, keperluan kita sebenarnya dah
dipenuhi ALLAH. Ape yang kita mintak selama ni tu semua sebenarnya hanyalah
kehendak semata-mata. ALLAH dah bagi cukup dah ape yang hamba DIA perlukan
selama ni… cume kite memang buta, tak nampak semua tu. Kadang-kadang ALLAH tak
bagi sesuatu yang kita mintak tu mungkin sebab DIA tau yang benda tu mungkin
boleh memudaratkan diri kita…
jadi, bersyukurlah dengan ape yang kita ada.
Jangan bersangka buruk kat DIA kalau kita masih tak dapat ape yang kita pinta
even dah doa banyak kali sekalipun, sebab ALLAH tau ape yang terbaik untuk
kita. Percayalah… DIA tau semua. Mungkin ayat2 ni agak cliché, tapi dah slalu
dengar pon kekadang orang which is manusia, still tak faham maksud sebenar ayat2 yang dikatakan
cliché ni… hmmm… acane tu??
Jadi, kini, hari ini, malam ke 11 ramadhan ni, aku bertekad
untuk mengindahkan lagi hari- hari aku di bulan yang mulia ini. Semalam pon
time kol malin (sahabat baik) dah terluah n terlerai segala kekusutan.
“wei, malin, nak tau tak? Aku tak pernah lagi qiyam doh kat
sini, bulan ramadhan ni…”
“Weh, asal doh? Ni bulan ramadhan kot, banyak pahala kalau
buat solat sunat”
(ayat malin lebih
kurang cam nilah..)
Bila malin cakap je macam tu, senario ketika ramadhan di tgb
dulu terus bermain di fikiran...
Semangat aku, malin, ds,(ramai lagi, tapi minah 2 org ni je
lah yg slalu ngan aku) rebut peluang dan pahala yang ALLAH limpahkan di bulan
yang mulia ini. Kiteorang buat semua benda tu sesame… tringat nasihat pendek ds
bagi everytime aku cam tak semangat nak buat sume solat sunat tu… :’) trimass
korang..
Geng Sahur kat TGB (bawah)
Sambutan Raya TGB 2012 :'/
Geng Sahur kat TGB (bawah)
Sambutan Raya TGB 2012 :'/
NEW BORN. RAMADHAN. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih
bermakna buat diri ini. Biarpun agak lambat sebenarnya untuk aku luahkan semua
ini, namun bagi aku, selagi aku diberi peluang untuk bernafas, masih belum
terlambat untuk aku berubah kearah yang lebih baik kan…?
So, this is it. It’s time!
p/s: harap dapat jadikan tauladan. (bukan nak mengaibkan
diri sendiri atau ape2).
*tetibe je lagu raihan playing kat otak aku skarang*
‘Ku menggharapkan Ramadhan, kali ini penuh makna…’

No comments:
Post a Comment